BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, October 27, 2010

Tanda-tanda Orang Itu Cinta Kamu...

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’?

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Friday, May 7, 2010

Yes.....esok last...

Yeaahhhh....esok last final sem ni....bleh lepak2 lps tu...eh,lpe lak...ade LI der..arrgghh...x de rht ler sem ni..ish3..tu laaa...gatal lg amek LI....papepown trime je arrr...dah arr LI kat Sime Darby...kene wat btul2 ni....abah kate kene kat Johor lak tu..jauh beb...Penang merantau ke Johor...hujung ke hujung...haha...yg pnting skrg tumpu esok...skrg dah cnfrm repeat 2-3 paper sem dpm...ssh giler...x mo ler repeat ECM lak...tlg ler bg soklan yg sng ckt k...x mo ssh2...hehehe...rndu die sngt2...die ngadu x dpt 1 kasut ni...cian die...x pe laa...ade rezeki nnt aq nak blikn tuk die ler...hari special die dah dekat dah...hehehe......haaa....arini nak kongsi lawak len lak...hehehehe....lawak tentang superhero...ape yg mereka akan jadi kalau mereka bukan superhero ek??

SUPERMAN & FLASH
Superman sudah pasti menjadi budak penghantar surat atau poslaju kerana sifat terbang-terbangnya dan Flash pula dengan kelajuannya.Confirm sampai hari itu jugak. Syarikat pertama yang akan meng'offer'nya kerja ialah syarikat fed-ex.

SPIDERMAN
Pencuci tingkap bangunan separuh masa kerana kerja tetapnya ialah sebagai tukang jahit. Ini kerana tangannya boleh mengeluarkan 'web' atau jaring untuk dijadikan benang menjahit baju.

BATMAN
Membuka kilang baja tahi kelawar. Batman senang je dapat sumber taik kelawar kerana dia akan merasuah member-membernya(kelawar) dengan memberi darah cipanzi supaya kelawar tersebut mudah hadam dan berak dalam kuantiti yang banyak.

CATWOMAN
Pembantu pest-control(penghalang binatang-binatang jahat seperti tikus,lipas dll). Kecekapannya menangkap tikus sudah pasti membuatkan tikus-tikus lari dari tempat kediaman. Namun kelemahan si catwoman ni bila orang ada garu dagunya..mesti dia gatal cam kucing.

DAREDEVIL
Akan menjadi badut pasukan Manchester United dengan memakai kostum RED DEVIL kemudian berlari-lari sekeliling padang dengan riang kerana dia tetap jadi devil walaupun dia tak jadi superhero.

HELLBOY
Pendakwah bebas. Dia berdakwah kepada orang ramai supaya jauhkan diri dari neraka kerana sengsaranya dia hidup kat neraka.

THE PUNISHER
Hakim sepenuh masa di mahkamah tinggi Amerika. Ini kerana sifatnya yang suka menjatuhkan hukuman(punish).

ROBOCOP
Jadi tokey besi buruk kerana sudah pasti dia akan menjualkan besi-besi kat badan dia.

ULTRAMAN
Membuka kedai sup daging raksaksa seperti sup ekor, sup taring dan sup sirip rasaksa. Ini kerana selepas berlawan dengan rasaksa sudah pasti daging berselerakan. Namun khabarnya, kedai sup ultraman tiada pelanggan melainkan beberapa ekor biawak hutan tropika.

WOLVERINE(X-MEN)
Pencukur rambut profesional. Pisaunya yang banyak tu mampu mencukur seluruh badan kambing dalam masa 0.05 saat je mengatasi baju gaban.

GABAN
Menjadi penjaga keselamatan di tasik Raban(Perak)macam baywatch tu. Ini kerana naga gaban sudah tenggelam dalam tasik tu. Naga tasik cini tu khabarnya adik sedara naga gaban.

IRONMAN
Menjadi pekerja kat tempat janakuasa atau Power Plant sebab power core kat dada dia dah cukup nak janakuasa 1 negeri rasanya.

CYCLOPS
Jadi pekerja welding kot.Sbb laser kat mata dia boleh digunakan untuk menwelding semua besi.Pantas je dia boleh buat.

STORM
Kerja kat Jabatan Ramalan Kaji Cuaca.Kalau dia buat ramalan mesti betul sebab dia yang create cuaca tu.

hahaha...tu jer....kalo ade yg len nnt aq tmbh...hehehehe....semoge korg terhibur..hehehe...

Sunday, May 2, 2010

Hahaha...3 down...2 to go...

yesss....3 suda abis...tnggl 2 sje...ECS ngan ECM...hahaha...giler ssh calculus td...menangis aq wat..soklan yg x prnh ade dlm example...cisss...hrp2 x fail ler...hahaha...arini x mo ler kongsi fakta lg...arini nak kongsi bnde yg boleh release tension...hahaha...20 care nak wat roommate korg giler...

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

Hahaha...gelak x korg...kalo x glak pelik ler korg..wakaka...try2 ler wat bnde ni...mne tau member2 korg nnt leh msk kat wad ker...hahaha...

Friday, April 30, 2010

hahaha...2 down...3 to go....

Hahahaha...kembali skali lg brsame sy...wakakak...mcm rncngn televisyen lak...hahaha...pape pown...2 paper dah abis...tnggl 3 lg sblum cuti(sbnrnye x cuti pown...sbb kene wat LI)..pape pown..akan ku cube sedaye upaye tuk test lg 3 ni...dah ler test ecw td mcm nak giler..hahaha...kat cni nak selitkn ler ckt2 fakte..dah xde keje ke aq ni...ish3...


1.Tahi burung adalah eksport utama Nauru, iaitu sebuah negara pulau yang terletak di barat Lautan Pasifik.

2.Cuba adalah satu-satunya pulau di Lautan Carribbean yang mempunyai landasan kereta api.

3.Perkataan ‘Canada’ dalam bahasa India bermaksud ‘Kampung Besar’ manakala perkataan ‘I am’ adalah ayat yang paling pendek dalam bahasa Inggeris. Sementara itu perkataan ‘samba’ pula bermaksud ‘menggosok pusat bersama-sama’.

4.Ukuran sari untuk pakaian harian dan ketika menghadiri majlis-majlis tidak rasmi adalah sepanjang 2 meter manakala untuk majlis rasmi 3 meter. Apabila hadir ke sesuatu majlis, wanita India akan menentukan sari mana yang sesuai dipakai.

5.Pada 25 Februari 1885, Medical and Physical Journal di London telah melaporkan satu kejadian aneh tentang seorang lelaki berusia 77 tahun yang pada mulanya sihat walafiat, tiba-tiba mengeluarkan peluh tanpa henti. Journal itu seterusnya melaporkan, lelaki tua berkenaan akhirnya meninggal dunia selepas tiga bulan berpeluh tanpa henti!

6.25 Oktober 1881, Malaga, Sepanyol: Seorang bidan membiarkan seorang bayi lelaki terbaring di atas meja kerana menyangka bayi tersebut telah meninggal dunia semasa lahir. Bagaimanapun, bapa saudara bayi tersebut yang juga seorang doktor tidak begitu meyakininya. Lantas doktor berkenaan telah memberikan bantuan pernafasan hingga bayi tadi bernafas semula. Bayi lelaki yang berjaya diselamatkan nyawanya itu kemudian diberikan nama, Pablo Picasso, yang apabila dewasa menjadi pelukis terkenal dunia.

7.Tapak sulaiman tidak mempunyai otak.

8.Pada Mac 1846, Muzium British telah menerima hadiah berupa koleksi siput dari Greek & Mesir. Daripada sekian banyak siput itu, terdapat dua ekor siput Mesir yang telah digam pada sebuah plak dan diletakkan di dalam kebinet pameran. Kejadian aneh berlaku empat tahun kemudian iaitu pada Mac 1850 apabila kelihatan ‘sesuatu’ yang licin dan berkilat di sekeliling mulut salah seekor daripada siput berkenaan. Spesimen itu diambil dan dimasukkan kedalam sebekas air. Mengejutkan, selepas 10 minit direndam, spesimen itu bergerak-gerak, kemudian mengelilingi bekas air tersebut. Rupa-rupanya ia adalah seekor siput kecil! Siput itu terus membesar dan lima bulan kemudian majalah Annals and Magazine of Natural History melaporkan siput itu makan apa saja sayuran yang diberikan kepadanya terutama daun kubis dan salad.

9.Sebelum masuk ke dalam sistem solar kita, planet Venus asalnya adalah sebuah komet.

10.Di Florida, Amerika, terdapat syarikat insurans yang menawarkan perlindungan daripada diculik makhluk asing.

11.Walaupun tenaga seekor buaya semasa menutup mulutnya begitu kuat hingga boleh mematahkan tulang-temulang kita, tetapi otot yang bertindak membuka mulut haiwan tersebut terlalu lemah hingga kita boleh memegang mulut reptilia itu dan menghalangnya daripada terbuka dengan hanya menggunakan sebelah tangan.

12.Fakta ini untuk pembaca yang suka mewarnakan rambut: Suatu ketika dahulu, masyarakat Rom & Mesir kuno menggunakan campuran minyak panas dan sisa berudu hancur untuk membuat pewarna rambut!

13.Kira-kira 60 juta tahun lalu, nenek moyang kuda yang ada sekarang hanyalah setinggi satu kaki sahaja.

14.Duit kertas sebenarnya bukan di perbuat daripada kertas sebaliknya daripada kapas

15.Perut bayi hanya boleh memuatkan susu sebanyak 60ml pada satu masa. Manakala perut orang dewasa mempunyai kapasiti paling maksimum ialah 1.5 liter. Namun lembu boleh memuatkan makanan sebanyak 300 liter dalam perutnya.

16.Sebanyak 110,000 juta tan karbon dioksida memenuhi atmosphera setiap tahun kesan pembakaran petrol. Untuk menyerap semua gas tersebut, ia memerlukukan hutan seluas benua Australia.

17.Sebanyak 4,082 kilogram bunga ros akan dapat menghasilkan hanya 0.972kg ekstrak untuk dijadikan bahan campuran di dalam pembuatan minyak wangi.

18.Kelapa paling besar di dunia boleh diperolehi hanya di Kepulauan Seychelles di Lautan Hindi. Berat buahnya yang masak mencapai sehingga 22 kilogram.


hahaha...tu je laaa....pic x de..x leh ler nak upload...hahaha...rndu die..biler ler die nak topup nih..ish3....

Tuesday, April 27, 2010

10 cara nak tau sama ada lelaki/perempuan itu sukakan kite...

hahaha...x de keje ke aq ni...asyik update blog jer..org dah kate aq mcm2 dah...hehehe....kwn2...aq sje2 je post bnde2 camni...x de mksd pape ek...hahaha...skrg aq nak bgtau mcm mne nak tau kalo org tu skekn kita ke x...




untuk lelaki...


*si dia akan main dengan rambut dia atau sentuh lehernya bila bercakap dengan kita.Kalau tengah duduk masa itu,si dia akan silangkan kakinya.

*si dia akan ketawa dengan lawak kamu walaupun lawak itu tak sebagus mana.

*si dia akan berubah malu(blushes) dan terkejut setiap kali dia telihat anda.

*si dia akan memberi perhatian apabila anda bercakap.

*si dia akan selalu menyokong anda walaupun anda salah.

*si dia akan menyentuh anda sewaktu berbual.perempuan tidak akan menyentuh seseorang secara tidak sengaja.

*si dia akan mencubit/memukul anda dan bepura-pura merajuk.(nampak pelik tapi inlah cara perempuan mengorat)

*si dia akan merenung anda selalu tetapi tidak mengalihkan pandangannya bila mata kamu bertemu.

*si dia bertanya sama ada anda sudah berpunya.

*si dia akan membongkok mendekatimu semata-mata untuk membau deoderenmu.


untuk perempuan

*si dia akan selalu merenung anda dah akan mengalihkan pandangan bila anda melihatnya.

*apabila berbual dengan anda,si dia akan selalu melihat kakinya,matamu dan kakinya semula.

*si dia akan ketawa dalam setiap perkara yang anda katakan dan dengan secara automatiknya, si dia akan tersenyum bila melihat anda ketawa.

*si dia akan mengejek/mempermainkan/memerli anda.(ni pula cara lelaki mengorat)

*kawan-kawan anda mempermainkan anda dengan membabitkan dirinya dengan anda.

*si dia akan selalu memuji anda.

*apabila anda terlupa jaket/kot anda,jangan risau,si dia akan memberikan miliknya pada anda.

*si dia akan selalu mengingati apa sahaja yang anda katakan walaupun ianya hal kecik.Contohnya:harijadi anda walaupun anda memberitahunya sekali sahaja.padahal si dia selalu lupa tentang orang lain walaupun sudah banyak kali diingatkan.

*si dia akan berjenaka dalam perbualan semata-mata untuk melihat anda senyum.

*si dia akan gembira bila bersama anda atau bila anda ada berdekatan walaupun dia tidak melakukan atau berkata apa-apa pada waktu itu.


haaaa...abis sudah...hehehe....ade ke ciri2 org mcm ni skeliling anda...kalo ade mknenye dia sukakn anda ler tu...hehehe...kalo msh single..tnggu pe lg...dah ade org suke..trime je laa die..bak kate org...cintailah org yg cintai anda bkn org yg anda cinta kerana org yg anda cinta itu akan mencintai org yg mereka cinta...brapa bnyk cinta der...hahaha...

Monday, April 26, 2010

Haha...tentang dunia dah...kucing dah..sekarang cinta pulak..


haha..kembali lg..kali ni fakta tentang cinta pulak...mngkn rmai x tau tntng fakta ni..cinta ni bkn untuk yg trsyg sahaje k....bleh jgk cinta pada family,kwn2 n tuhan...

1. Cinta itu seperti ubat. Jika kita tertarik pada seseorang, otak akan mengeluarkan amphetamine alami seperti phenylethylamine (PEA) yang membuat kita merasa gembira.

2. Tubuh kita menjadi lebih sensitif karana terjadi peningkatan adrenalin. Jantung berdetak lebih cepat, meningkatkan aliran darah ke otot dan kulit.

3. Makin lama kita jatuh cinta, produksi endorphin (zat kimia yang membuat kita merasa senang) makin meningkat. Kadar zat kimiaoxytocin juga meningkat yang membuat kita merasa senang jika berpegangan tangan atau berada dalam dekapan kekasih.

4. Ketika akan putus cinta, salah satu penyebab yang membuat kita merasa takut adalah berkurangnya PEA.

5.CINTA REMAJA MEMILIKI KEKUATAN.Hanya dengan pandangan mata penuh kasih serta interaksi rasa sayang, semua itu dapat menghilangkan depresi dan gangguan stress.

6.Apakah Anda tahu dialah orang yang tepat untuk pasangan hidup? kajian memperlihatkan, secara insting, melalui pancaindera bauan, seorang wanita dapat mengetahui lalaki yang tepat untuk dirinya dan boleh menjadi suami serta memberikannya keturunan.

7.Jatuh cinta meningkatkan produksidopamine, zat kimia yang menentukan rasa nikmat yang menimbulkan rasa ketagihan.


hahaha...that's all...tu je laaa yg blis d tlis buat mse skrg ni...tnggu je laa posting yg akan dtg k...hehehe..(posting ni dibuat atas permintaan seorg yg amat ku syg..hehehe..sape tu??lu pkr laa sndiri...hehehe)




Sunday, April 25, 2010

Kongsi fakta...




Ish3...mlsnyer nak study...tp kene jgk ek..dah ler ECW..ssh giler tu...kalo carry mark mantap x pe arr...ni truk giler...haaa...dah brape hr x msj die ni...rndunyer..msti die sbuk..pape pown study dlu..yg len blakang cite..Haha...sambil2 study ecw ni,nak jgk kongsi pe fakta yg menarik kat dunie ni...walaupown mcm remeh jer..tp ttp fakta kn...hehehe...

*Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

*Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 Jenis bahan kimia.

*Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

*Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

*Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

*Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

*Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.

*Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.

*Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.

*Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.

*Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

*Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

*Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

*Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

*Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

*Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.

*Pemetik api dicipta terlebih dahulu sebelum mancis.

*Bunyi itik tidak bergema.Tiada siapa tahu mengapa.

*Kerusi elektrik yang digunakan untuk menghukum pesalah sebenarnya dicipta oleh seorang doktor gigi.

*Siput boleh tidur selama 3 hari berterusan.

*Kelipan mata perempuan 2 kali lebih banyak daripada lelaki.

*Hanya 1 daripada 2 billion manusia yang akan hidup lebih daripada 116 tahun.

*Gajah adalah satu-satunya haiwan yang tidak boleh melompat.

*35% orang yang menggunakan laman sesawang(laman web) untuk mencari pasangan sebenarnya telah berkahwin.

*Secara purata,lebih ramai manusia takutkan labah-labah daripada mati.

*Secara purata,100 orang mati kerana tercekik pen setiap tahun.

*Dalam masa 10 minit sahaja,ribut besar menghasilkan lebih kuasa atau tenaga daripada kesemua senjata nuklear di dunia ini DIGABUNGKAN.

* Rama-rama merasa dengan kaki.