BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 25, 2010

Kongsi fakta...




Ish3...mlsnyer nak study...tp kene jgk ek..dah ler ECW..ssh giler tu...kalo carry mark mantap x pe arr...ni truk giler...haaa...dah brape hr x msj die ni...rndunyer..msti die sbuk..pape pown study dlu..yg len blakang cite..Haha...sambil2 study ecw ni,nak jgk kongsi pe fakta yg menarik kat dunie ni...walaupown mcm remeh jer..tp ttp fakta kn...hehehe...

*Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

*Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 Jenis bahan kimia.

*Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

*Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

*Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

*Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

*Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.

*Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.

*Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.

*Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.

*Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

*Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

*Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

*Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

*Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

*Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.

*Pemetik api dicipta terlebih dahulu sebelum mancis.

*Bunyi itik tidak bergema.Tiada siapa tahu mengapa.

*Kerusi elektrik yang digunakan untuk menghukum pesalah sebenarnya dicipta oleh seorang doktor gigi.

*Siput boleh tidur selama 3 hari berterusan.

*Kelipan mata perempuan 2 kali lebih banyak daripada lelaki.

*Hanya 1 daripada 2 billion manusia yang akan hidup lebih daripada 116 tahun.

*Gajah adalah satu-satunya haiwan yang tidak boleh melompat.

*35% orang yang menggunakan laman sesawang(laman web) untuk mencari pasangan sebenarnya telah berkahwin.

*Secara purata,lebih ramai manusia takutkan labah-labah daripada mati.

*Secara purata,100 orang mati kerana tercekik pen setiap tahun.

*Dalam masa 10 minit sahaja,ribut besar menghasilkan lebih kuasa atau tenaga daripada kesemua senjata nuklear di dunia ini DIGABUNGKAN.

* Rama-rama merasa dengan kaki.

0 comments: